Thursday, April 1, 2010

Perihal Ringkas Mengenai Cap Jari



“Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.”
Al-Quran:75:v3-4

Mereka yang enggan percaya pada kekuasaan Allah SWT menolak hari kebangkitan selepas kematian. Allah Yang Maha Esa berfirman bahawa Dia bukan sahaja boleh menyusun semula tulang belulang kita, malah mampu membentuk semula jari kita dengan sempurna. Pada tahun 1880, pengenalan cap jari menjadi bukti saintifik dalam mengenalpasti identiti, selepas kajian dilakukan oleh Sir Francis Golt. Tiada dua orang mempunyai cap jari yang sama, walaupun kembar siam sekalipun. 1400 tahun yang lalu ketika manusia masih belum mengetahui hakikat ini, Quran telah menyatakan kebenarannya. Adakah ilmu ini datang daripada manusia atau sumber wahyu?

No comments:

Post a Comment