APAKAH ITU RABBI
Apabila kita terfikir mengenai Rabbi, mesti kita akan mengaitkan tugasnya hanyalah menjalankan urusan perkahwinan dan pengkebumian, atau menyampaikan khutbah pada hari perayaan. Hakikatnya ya, mereka menjalankan kesemua tugas tersebut, dan banyak lagi. Kebanyakan Rabbi adalah mereka yang memiliki kelulusan dan pengetahuan mendalam dalam Taurat dan mereka bertanggungjawab dalam memimpin komuniti Yahudi.
Rabbi secara amnya bermaksud "pengajar" dalam bahasa Hebrew. Dalam komuniti Yahudi, Rabbi bukan sahaja dipandang sebagai seorang yang alim malah juga sebagai seorang model ikutan dan seorang pendidik. Golongan Rabbi memimpin dalam upacara keagamaan, seperti upacara hari Shabbat dan upacara hari Suci pada Rosh HaShanah dan Yom Kippur.
![]() |
Yom Kippur |
![]() |
Hari Shabbat |
Para Rabbi juga bertanggungjawab dalam melaksanakan upacara tahunan seperti Bar Mitzvahs (lelaki) dan Bat Mitzvahs (perempuan), menamakan bayi yang baru lahir, perkahwinan dan pengkebumian.
![]() |
Upacara Bat Mitzvahs |
Gelaran Rabbi hanya diberikan kepada mereka yang telah menerima 'Rabbinical Ordination', yang mana mereka perlu menghadapi peperiksaan yang ketat dalam Taurat dan Talmud.
Walaupun secara tradisi gelaran Rabbi dipegang oleh golongan lelaki, pada tahun 1972 wanita telah diberi kelonggaran untuk menjadi Rabbi (kecuali pada pengikut Orthodox). Untuk menjadi Rabbi, seseorang itu perlu dilatih selama 5 tahun di Hebrew Union College (Reform) atau di Jewish Theological Seminary (Conservative).
![]() |
Rabbi dari golongan wanita |
![]() |
Golongan Rabbi Orthodox |
Menerima Ordinan bukanlah bermakna tamatnya tugas Rabbi dalam mempelajari Taurat. Dalam erti kata yang lain, ia adalah satu permulaan. Komuniti Rabbi akan terus mendalami ilmu dan mencari kebenaran untuk sepanjang hidupnya, dengan harapan untuk mendapat lebih pencerahan dan pengetahuan mengenai Tuhan dan Taurat.
No comments:
Post a Comment