Thursday, December 31, 2009

Perbezaan antara ajaran Jesus Christ dan St Paul



Umat Islam mempercayai Jesus Christ (Nabi Isa a.s) sebagai pesuruh Allah S.W.T dan ajaran yang disampaikan olehnya adalah benar dan sama seperti rasul yang lain. Namun umat Kristian pada hari ini telah mengamalkan satu ajaran yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh Jesus, tetapi mereka mengatakan ajaran yang mereka anuti adalah benar, iaitu ajaran yang disampaikan oleh St. Paul.

Sejarah ringkas mengenai St. Paul ialah beliau merupakan seorang pemuda Yahudi yang selalu berkunjung ke Synagogue. Setelah mengalami perbalahan dengan Rabbi, beliau tekad untuk meninggalkan Synagogue dan menubuhkan satu fahaman baru.

Ajaran yang disampaikan oleh St. Paul tidak seperti ajaran Jesus yang menekankan undang-undang (The Law) di mana Jesus menerangkan tentang konsep monotheism iaitu Tuhan Yang Satu. Sebaliknya dalam ajaran St. Paul, beliau menolak konsep itu dan meletakkan Jesus Christ sebagai Tuhan. St. Paul mengubah status Jesus daripada pesuruh Tuhan kepada status anak Tuhan. Konsep Trinity yang dibawa oleh St. Paul dimana Tuhan, Roh Kudus dan Anak adalah satu dan satu adalah tiga merupakan konsep yang telah lama diamalkan dalam masyarakat Pagan.

Ajaran Kristian yang dibawa St. Paul tidak memusnahkan kepercayaan Pagan sebaliknya kepercayaan itu telah diasimilasikan ke dalam ajaran St. Paul melalui konsep Trinity. St. Paul mendakwa bahawa Jesus Christ telah mati disalib dan kemudian telah dibangkitkan 3 hari kemudian kerana jika Jesus tidak dibangkitkan, dosa warisan setiap manusia tidak akan terhapus dan manusia akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa. Walhal di dalam Al-Quran telah disebut:

“dan (Kami hukum juga) kerana ucapan meraka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah” padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh adalah) orang diserupai dengan Isa. Sesungguhnya meraka yang berselisih pendapat tentang (pembunuhan) Isa, selalu dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka benar-benar tidak tahu (siapa sebenarnya yang dibunuh itu), melainkan mengikuti persangkaan belaka, jadi mereka tidak yakin telah membunuhnya.” An-Nisa, 157

Ajaran Jesus dalam mencapai keredhaan Tuhan adalah sama dengan ajaran Rasul yang lain. Antara ajaran Jesus adalah kepercayaan mereka perlu melepasi kepercayaan terhadap Pharises dan orang yang mengajarkan undang-undang (Law) jika mahu memasuki syurga. Beliau juga mengatakan , jika mahu memperoleh hidup yang kekal, patuhilah perintah Tuhan (Commandment).

Sedangkan ajaran St. Paul dalam mendapat keredhaan Tuhan adalah begitu mudah. Jika anda melafazkan di mulut dan percaya di hati bahawa Tuhan telah membangkitkan Jesus dari kematian, maka anda terselamat. Ini adalah bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh Jesus. St. Paul juga mengatakan bahawa undang-undang (Law) yang diamalkan adalah berkuat- kuasa sehingga Jesus muncul. Sekarang undang-undang (Law) itu tidak perlu diikuti lagi.

Antara ajaran lain yang bertentangan dengan ajaran Jesus adalah mengenai berkhatan. Setiap lelaki diwajibkan berkhatan kerana berkhatan perlu untuk menjaga kebersihan tetapi mengikut St. Paul, berkhatan tidak perlu dan jika mereka ingkar, Christ tidak akan redha terhadap kamu. Walhal Jesus telah pun dikhatankan setelah beliau dilahirkan pada hari ke-8. Satu lagi perkara yang bertentangan adalah perkara mengenai pengharaman khinzir. Jesus mengatakan khinzir tidak boleh di makan kerana khinzir merupakan binatang yang tidak bersih tetapi menurut St. Paul, tiada makanan yang tidak bersih dan semua makanan halal di makan.

Tuntasnya, segala ajaran yang dibawakan oleh St. Paul adalah bertentangan dengan ajaran yang disampaikan oleh Jesus. Paul telah mencampur adukkan monotheism Jesus dengan Trinatarianism of Pagans and Gentiles. Pada hari Paul memasuki Christianity, ajaran Kristian yang dibawa Jesus telah mati. Jesus menjadi Tuhan yang dilahirkan semula dan monotheism diganti dengan Trinatarianism dan penambahan mengenai Roh Kudus adalah rekaan yang telah memperdayakan beribu-ribu umat Kristian. Kita sebagai umat Islam perlulah percaya, bahawa suatu masa nanti, Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk membetulkan kesilapan mereka.

Monday, November 2, 2009

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock!



Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa.

Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam



Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.

Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.

Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai


Lain-lain gambar berkaitan:






Friday, October 23, 2009

Perkara-perkara yang dilarang ketika solat

Petikan daripada Harian Metro

  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

  • Berdiri di atas satu kaki

  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

  • Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

  • Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

    Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

    Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

    Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

  • Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

  • Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

  • Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

  • Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.
  • Wednesday, October 21, 2009

    Kedatangan Saint Paul - Part 1


    Maurice Bucaille adalah seorang French Surgeon, seorang saintis dan seorang mahasiswa yang termashyur di dalam bukunya yang berjudul - "The Great Bible, The Qur'an and Science" telah menjelas banyak perincian tentang Bible.

    Diperkatakan bahawa 14 tahun selepas keberangkatan Jesus Christ (Nabi Isa) ke syurga, muncullah seorang Jew (Yahudi) bernama Saint Paul. (Refer Bible Chapter Acts). Dia adalah seorang Jew yang telah dilahirkan di Cyprus (Mediterranean) dan merupakan warganegara Roman. Dia merupakan seorang yang bijak dan berpengaruh.

    Paul kekal sebagai musuh ketat Jesus Christ bukan sahaja ketika kehidupan Jesus tetapi juga selepas pemergian Jesus ke syurga. Paul yang merupakan seorang Jew (Yahudi) telah menyiksa dan membunuh ramai pengikut Jesus sepanjang 14 tahun tersebut. Paul tidak pernah secara individu berjumpa dengan Jesus Christ.

    Semasa zaman remajanya Paul adalah seorang pengunjung tetap ke Synagogue (tempat peribadatan Yahudi menggantikan Temple of Solomon). Dia sangat rapat dengan seorang Chief Rabbi yang begitu berkuasa yang mempunyai seorang anak gadis yang mana Paul telah jatuh cinta padanya. Paul telah mengemukakan hasrat untuk mengahwininya tetapi Rabbi tersebut membantah.

    Paul berasa terpinggir dan kusut tanpa kekasihnya. Hubungannya dengan Rabbi menjadi semakin kritikal. Perbezaan persefahaman semakin memuncak dan akhirnya Paul berhenti mengunjungi Synagogue. Sekarang dia keseorangan - mental dan spiritual. Dia perlukan sesuatu landas untuk berdiri semula.

    Kemudian selepas 14 tahun, menurut kenyataan Saint Paul sendiri, Jesus Christ telah telah memunculkan dirinya dalam bentuk bayangan ketika dia dalam perjalanan ke Damascus (Syria). Jesus bertanya mengapakah dia menentang ajaran dan percakapannya dan mengapa dia menzalimi pengikutnya. Peristiwa ini telah menyentuh hati Saint Paul dan semenjak dari saat itu dia telah menunjukkan sikap yang patuh terhadap Jesus Christ

    Thursday, October 15, 2009

    JUDAISM - Part 2

    SEJARAH ORANG-ORANG YAHUDI

    Alkisah bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu di
    Gurun Syro-Arab. Masyarakat yang tinggal di gurun menyembah dan sangat menghormati batu-batu yang pelik (luar biasa) dan hukum-hukum alam contohnya kejadian gurun, termasuk juga musim bunga, anak-anak sungai, pokok-pokok dan sesetengah binatang - fenomena-fenomena yang jarang berlaku di gurun. Malah mereka turut percaya kepada Spirits (roh-roh) dan syaitan-syaitan. Tuhan-tuhan dan syaitan-syaitan ini dirujuk sebagai el (merujuk kepada bilangan 1) dan elohim (merujuk kepada bilangan banyak) yang bermaksud "kewujudan sesuatu yang berkaitan dengan ketuhanan". Terdapat juga perkataan-perkataan yang lain digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew seperti Adonai yang bermaksud "Tuhan", Baal bermaksud "Tuhan Tanah".


    Nabi Ibrahim (Abraham) mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Nabi Ishak (Isaac) dan Nabi Ismail (Ishmael). Anak Nabi Ibrahim (Abraham), Nabi Ishak (Isaac) dan cucunya Nabi Yaakob (Jacob) dikenali sebagai "Bapa"orang-orang Yahudi manakala Nabi Ismail (Ishmael) dikenali sebagai "Bapa" orang-orang Arab.

    Setelah sekian lama mereka menghadapi kekurangan makanan hingga menyebabkan kematian dan penyakit, keadaan ini memaksa Bani Israel untuk meninggalkan Kanaan (Palestine) dan menjadi pelarian di Mesir, dimana mereka kemudiannya diperhambakan secara paksa oleh Firaun Mesir, Ramses II.

    Nabi Musa (Moses) diberi 2 batu besar di mana padanya terdapat 10 perintah (10 Commandments). 10 perintah yang dinyatakan adalah merupakan perintah dari Tuhan yang mengandungi etika yang tinggi dan adab-adab seseorang itu terhadap Tuhan (4 perintah) dan juga sesama manusia (6 perintah)

    Dalam penghijrahan mereka ke sekitar Mount Sinai, Israel bukan sahaja diberi batu besar yang terdapat undang-undang padanya tetapi mereka juga memperolahi 2 lagi institusi yang berkaitan dengan agama mereka:

    • Pertama, peti perjanjian yang menjadi lambang kedudukan mulia Peti ini mengandungi objek-objek suci yang dilindungi sewaktu perpindahan mereka dari Mesir. Kemudian ianya ditempatkan di Rumah Soloman (Sulaiman) dalam kurun ke-10 sebelum kelahiran Nabi Isa (Jesus), dimana ia tetap berada di situ sehingga rumah ibadat tersebut dimusnahkan oleh orang-orang Babylon pada 586 sebelum kelahiran Nabi Isa Jesus)
    • Institusi kedua ialah Tent (khemah) atau Tabernacle peribadatan. Tent atau khemah dibawa oleh Bani Israel ketika pengembaraan mereka, ia berperanan sebagai tempat beribadat mereka kepada Tuhan.

    Wednesday, October 14, 2009

    JUDAISM - Part 1


    PENGENALAN

    Judaism adalah agama atau peradaban orang-orang yahudi. Mereka juga turut dikenali sebagai bangsa Hebrew.

    Kisah orang-orang yahudi bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu di padang pasir Syro-Arab. Israel adalah nama yang diberikan oleh TUHAN kepada Nabi Yaakob AS mengikut Genesis 32:28

    GEN 32:28 And he said, Thy name shall be called no more Jacob, but Israel: for thou hast striven with God and with men, and hast prevailed.

    Terdapat kisah disebalik mengapa mereka dipanggil Israel mengikut orang-orang yahudi sendiri. Kisahnya bermula apabila Jacob (Nabi Yaakob) yang kononnya bergusti dengan Tuhan sewaktu Tuhan turun ke dunia; sewaktu bergusti Jacob telah mematahkan kaki Tuhan dan sejak itulah Tuhan memanggil Yaakob dengan nama Israel. Seterusnya pengikut-pengikutnya dipanggil "Bani Israel".
    Bible terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian pertama adalah The Old Testament (Perjanjian Lama) yang mengandungi 39 Books dan bahagian yang kedua dipanggil The New Testament (Perjanjian Baru) yang mengandungi 27 Books. Di dalam Books itu terdapat beberapa chapter. 5 Books pertama dari 39 Books dalam Old Testament adalah yang paling dipercayai oleh orang-orang yahudi. Sejarah, kepercayaan dan amalan-amalan Judaism terdapat dalam Books tersebut. 5 Books itu adalah:

    1. Genesis
    2. Exodus
    3. Leviticus
    4. Numbers
    5. Deutronomy

    Kelima-lima ini adalah bahagian atau LAW atau hukum atau undang-undang dan dianggap Torah ( Taurat) bagi mereka.

    Wednesday, September 16, 2009

    Antara Pendet dan Pendek Akal

    Seorang pemandu teksi menceritakan perihal penumpangnya yang terdiri daripada tiga orang dari Belanda, Amerika dan Indonesia. Penumpang pertama menghisap rokok dan selepas dua kali sedut beliau terus membuang rokok berkenaan dan si pemandu teksi bertanya kenapa begitu.

    Kata penumpang berkenaan, negaranya mengeluarkan banyak rokok dan harganya tidak mahal, maka boleh ’enjoy’ menghisapnya. Pemandu teksi terpegun.

    Penumpang kedua pula membuang buah epal yang dijamahnya dengan sekali gigit sahaja dan pemandu teksi bertanya pula kenapa membazir. Kata si Mat salleh itu, di negaranya, epal bersepah-sepah dan memang begitulah caranya mereka memakan epal. Angin satu badan si pemandu teksi mendengar jawapannya.

    Belumpun sempat penumpang ketiga menunjukkan sebarang aksinya, pemandu teksi membuka pintu di sebelah penumpang dan lantas menerajangnya keluar. Kedua-dua penumpang dari Belanda dan Amerika itu terkejut dan tergamam lalu bertanya kenapa pula pemandu menolak penumpang dari Indonesia itu.

    Jawab si pemandu: “Di Malaysia, ada banyak pendatang seperti dia. Bukan semua yang kami perlukan.”

    Demikianlah gambaran betapa ramainya rakyat Indonesia yang berada di Malaysia atas nama sesuap nasi. Begitu juga betapa mudahnya rakyat negara ini boleh membuat angkara terhadap rakyat asing jika itu yang mereka mahukan.

    Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang amat silap dan salah bagi segelintir rakyat Indonesia di Jakarta untuk menjadi ‘polis antarabangsa’ yang hanya bersenjatakan buluh runcing untuk mengusir rakyat Malaysia di Jakarta melalui proses ‘sweeping Malaysian’

    Siapakah mereka yang mengadakan sekatan jalanraya dan meminta kad pengenalan diri (kartu) pengguna jalanraya yang disekat? Walaupun bilangan mereka yang terlibat kelihatan kecil, tetapi kesannya amat besar terhadap hubungan dua hala kedua-dua buah negara serumpun Malaysia-Indonesia.

    Peristiwa pahit itu mendorong Jakarta memohon maaf daripada Kuala Lumpur dan Presiden Bambang Susilo dilaporkan akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang sama.

    Rakyat Indonesia harus bertindak lebih rasional kerana hanya gara-gara memprotes tarian Pendet dalam iklan Discovery Channel, hubungan dua negara mahu dikorbankan. Rakyat Malaysia sendiri tidak banyak yang arif mengenai tarian Bali itu yang kemudiannya dituduh telah diciplak oleh Malaysia. Malaysia sendiri tidak pernah mendakwa Pendet sebagai tarian negara, tetapi masalah timbul kerana kesilapan syarikat di Singapura yang mengendalikan iklan berkenaan.

    Pihak yang mengambil tindakan sendiri di Jakarta itu harus kembali berfikiran tenang dan waras – jangan hanya kerana tarian, kedamaian negara yang hendak dikorbankan. Sesungguhnya, adalah amat mengaibkan bagi Indonesia sebagai negara besar dan banyak penduduknya terpaksa meminta maaf kepada Malaysia yang kecil dan mencapai kemerdekan 10 tahun terkemudian daripada Indonesia.

    Pendemonstrasi di Jakarta juga harus memikirkan rakan-rakan dan saudara mara mereka yang jumlahnya menjangkau angka jutaan yang sedang mencari sesuap nasi di Malaysia, khususnya di Lembah Klang. Banyak yang datang secara sah, tetapi banyak lagi yang datang secara haram. Namun, mereka tetap lebih bahagia di sini kerana bebas mencari rezeki demi anak dan keluarga yang ditinggalkan di seluruh pelosok Indonesia.

    Mereka tidak hanya bebas berniaga dan bekerja di Malaysia, tetapi juga mendapat layanan dan pembelaan yang sewajarnya. Ini termasuklah peluang pendidikan dan perubatan yang melibatkan perbelajaan yang cukup tinggi. Ini tidak termasuk lagi jumlah belanja yang amat besar dikeluarkan untuk tujuan penguatkuasaan.

    Malah, ada sebahagian kegiataan mereka seperti berniaga yang telah ‘merompak’ peluang peniaga tempatan, tetapi mereka tidak pula diusir sewenang-wenangnya. Dahulu, pihak berkuasa Malaysia pernah menjalankan operasi pemutihan iaitu Ops Bersih.

    Di bawah operasi ini, mereka yang datang secara gelap dibenarkan pulang secara sah. Mereka juga boleh kembali ke negara ini secara sah. Yang mempunyai dokumen sah, dibenarkan terus menetap di sini.

    Di samping, mereka yang telah menetap lama di Malaysia dan diberikan kad pengenalan merah dibenarkan terus menjadi pemastautin tetap dan layak pula untuk ditimbangkan menjadi warganegara Malaysia yang sah.

    Rakyat Indonesia di Malaysia tidak setuju langsung dengan pendekatan ‘Sweeping Malaysian’ yang dilaksanakan di Jakarta.

    Secara rasminya ada kira-kira 1.8 juta rakyat Indonesia yang mencari rezeki dan ilmu di negara ini. Mereka telah melihat dan menyaksikan betapa hebatnya pertalian anak Malaysia membantu meringankan beban saudara serumpun setiap kali mereka di Indonesia dirundung malang.

    Peristiwa menyayat dan meruntun hati Tsunami besar yang melanda Acheh lima tahun lalu tentu menjadi ingatan pada semua. Orang Aceh yang ditimpa dugaan Allah itu pasti akan mengingati peristiwa itu sampai ke akhir hayat dan sejarahnya akan dikenang oleh anak beberapa generasi mereka kelak.

    Rakyat Malaysia tidak sekadar menyatakan simpati dan menghulur wang ringgit serta pakaian. Sebaliknya para sukarelawan yang prihatin berkunjung ke sana membawa ubat-ubatan, tenaga kerja kesihatan, pembangunan dan pembinaan semula mental dan emosi serta pelajaran di samping kepakaran membangunkan semula bandar besar itu.

    Begitu juga dengan Tabung Gempa Nusantara yang diisi oleh rakyat Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi anjuran Kumpulan Utusan Melayu dan Maybank untuk meringankan bebanan para mangsa di negara berkenaan.

    Bagi rakyat Indonesia yang normal, tentu tahu menilai pengorbanan dan mengerti erti keprihatinan serta salam perpaduan yang dihulurkan oleh warga Malaysia. Mereka juga pasti terasa serbasalah, malu dan kesal terhadap apa yang berlaku di Jakarta.

    Apa sangatlah hendak diperjuangkan mengenai tarian Pendet sehingga ada pihak yang sanggup merosakkan hubungan mesra sedia ada serta membuka peluang rakyat Indonesia di negara ini terdedah kepada pelbagai kemungkinan masalah, tanggapan dan tindakan negatif serta menjejajskan peluang untuk terus mencari rezeki dan ilmu di negara ini.

    Mereka pasti terasa dan terfikirkan, apa akan jadi sekiranya Malaysia juga melaksanakan ‘Ops Nyah”’ secara besar-besaran bagi menghantar pulang pendatang asing yang tidak diundang itu. Buat masa ini, Malaysia, seperti dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak bermaksud untuk menghukum para pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dari Indonesia,

    Sebaliknya, mereka yang kini bertaburan di seluruh negara diminta berdaftar dengan Jabatan Imigresen bagi memudahkan proses penghantaran pulang.

    Jadi, bagi rakyat Indonesia, yang pastinya daif mengenai aspek hubungan dua hala dan kerjasama serantau wajib menilai kepentingan pendet dan kepentingan jutaan saudara-mara dan rakan taulan mereka yang memerah keringat di negara ini bagi sesuap nasi atau membina mahligai apabila pulang ke negara mereka kelak.

    Janganlah gara-gara tarian pendet, ada pihak yang pendek akalnya dan janganlah demi tarian dan kebudayaan, kelangsungan hidup serantau hendak dijudi dan dipertaruhkan.. Sebijak-bijak orang Kerinci, ada pihak berpendapat, orang kurang inci lebih bijak lagi…!

    sumber: agendadaily.com

    Sunday, September 13, 2009

    Salam perkenalan, salam ukhwah....

    Assalamulaikum...
    Kepada sesiapa yg mengenali saya, tlg link blog korg dgn blog ni.
    Ehem.. pada yg x kenal, name diberi Syaffiq Syazwan.
    Seorg pelajar tahun satu dari school of biology.
    Nape saya tetibe buat blog ye?

    Entahla, mungkin sbb ikut membe...=)
    Hari pertama masuk USM, terasa sgt2 teruja.
    Berbekalkan semangat dan iltizam, saya mengorak langkah ke Dewan Utama Pelajar.

    Tapi sebelum tu, kisah 2 hari sebelum ke penang
    ....
    Mase tu kene mara dgn abah sbb parking ke
    te x betul.
    Yelah, nak pegy penang esoknye, xkan nak bwk kete kemek kot??=)
    Pas sampai penang, kami menetap di hotel B-Suite.
    Punye la payah nbak carik hotel ni.
    Bleh plak x jumpe jln balik pas kuar pi mkn nasik kandar... haha..

    Maka keesokan harinye, saya telah mendaftar di usm...=)



    Tgh tunggu bus pun sempat posing


    Bilik den berhabuk sungguh


    Bersama mak sblom balik ns


    Acik Zila dan mak