Thursday, December 31, 2009

Perbezaan antara ajaran Jesus Christ dan St Paul



Umat Islam mempercayai Jesus Christ (Nabi Isa a.s) sebagai pesuruh Allah S.W.T dan ajaran yang disampaikan olehnya adalah benar dan sama seperti rasul yang lain. Namun umat Kristian pada hari ini telah mengamalkan satu ajaran yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh Jesus, tetapi mereka mengatakan ajaran yang mereka anuti adalah benar, iaitu ajaran yang disampaikan oleh St. Paul.

Sejarah ringkas mengenai St. Paul ialah beliau merupakan seorang pemuda Yahudi yang selalu berkunjung ke Synagogue. Setelah mengalami perbalahan dengan Rabbi, beliau tekad untuk meninggalkan Synagogue dan menubuhkan satu fahaman baru.

Ajaran yang disampaikan oleh St. Paul tidak seperti ajaran Jesus yang menekankan undang-undang (The Law) di mana Jesus menerangkan tentang konsep monotheism iaitu Tuhan Yang Satu. Sebaliknya dalam ajaran St. Paul, beliau menolak konsep itu dan meletakkan Jesus Christ sebagai Tuhan. St. Paul mengubah status Jesus daripada pesuruh Tuhan kepada status anak Tuhan. Konsep Trinity yang dibawa oleh St. Paul dimana Tuhan, Roh Kudus dan Anak adalah satu dan satu adalah tiga merupakan konsep yang telah lama diamalkan dalam masyarakat Pagan.

Ajaran Kristian yang dibawa St. Paul tidak memusnahkan kepercayaan Pagan sebaliknya kepercayaan itu telah diasimilasikan ke dalam ajaran St. Paul melalui konsep Trinity. St. Paul mendakwa bahawa Jesus Christ telah mati disalib dan kemudian telah dibangkitkan 3 hari kemudian kerana jika Jesus tidak dibangkitkan, dosa warisan setiap manusia tidak akan terhapus dan manusia akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa. Walhal di dalam Al-Quran telah disebut:

“dan (Kami hukum juga) kerana ucapan meraka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah” padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh adalah) orang diserupai dengan Isa. Sesungguhnya meraka yang berselisih pendapat tentang (pembunuhan) Isa, selalu dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka benar-benar tidak tahu (siapa sebenarnya yang dibunuh itu), melainkan mengikuti persangkaan belaka, jadi mereka tidak yakin telah membunuhnya.” An-Nisa, 157

Ajaran Jesus dalam mencapai keredhaan Tuhan adalah sama dengan ajaran Rasul yang lain. Antara ajaran Jesus adalah kepercayaan mereka perlu melepasi kepercayaan terhadap Pharises dan orang yang mengajarkan undang-undang (Law) jika mahu memasuki syurga. Beliau juga mengatakan , jika mahu memperoleh hidup yang kekal, patuhilah perintah Tuhan (Commandment).

Sedangkan ajaran St. Paul dalam mendapat keredhaan Tuhan adalah begitu mudah. Jika anda melafazkan di mulut dan percaya di hati bahawa Tuhan telah membangkitkan Jesus dari kematian, maka anda terselamat. Ini adalah bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh Jesus. St. Paul juga mengatakan bahawa undang-undang (Law) yang diamalkan adalah berkuat- kuasa sehingga Jesus muncul. Sekarang undang-undang (Law) itu tidak perlu diikuti lagi.

Antara ajaran lain yang bertentangan dengan ajaran Jesus adalah mengenai berkhatan. Setiap lelaki diwajibkan berkhatan kerana berkhatan perlu untuk menjaga kebersihan tetapi mengikut St. Paul, berkhatan tidak perlu dan jika mereka ingkar, Christ tidak akan redha terhadap kamu. Walhal Jesus telah pun dikhatankan setelah beliau dilahirkan pada hari ke-8. Satu lagi perkara yang bertentangan adalah perkara mengenai pengharaman khinzir. Jesus mengatakan khinzir tidak boleh di makan kerana khinzir merupakan binatang yang tidak bersih tetapi menurut St. Paul, tiada makanan yang tidak bersih dan semua makanan halal di makan.

Tuntasnya, segala ajaran yang dibawakan oleh St. Paul adalah bertentangan dengan ajaran yang disampaikan oleh Jesus. Paul telah mencampur adukkan monotheism Jesus dengan Trinatarianism of Pagans and Gentiles. Pada hari Paul memasuki Christianity, ajaran Kristian yang dibawa Jesus telah mati. Jesus menjadi Tuhan yang dilahirkan semula dan monotheism diganti dengan Trinatarianism dan penambahan mengenai Roh Kudus adalah rekaan yang telah memperdayakan beribu-ribu umat Kristian. Kita sebagai umat Islam perlulah percaya, bahawa suatu masa nanti, Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk membetulkan kesilapan mereka.

No comments:

Post a Comment