Monday, May 3, 2010
Socrates adalah Luqman Al-Hakim?
Penghujahan yang mencalonkan Socrates adalah Luqman al-Hakim:
Pada tahun 399 SM, seorang yang berfahaman monoteisme bernama Socrates (470-399 SM) dihukum mati dengan cara menelan racun. Ini kerana Socrates menyebarkan ajaran Tuhan adalah satu, iaitu yang menjadi penyebab pertama (causa prima) yang tidak disebabkan lagi. Socrates dituduh menyebarkan ajaran baru dan tidak menghormati dewa-dewa Athens Yunani. Beliau juga dianggap meracuni fikiran generasi muda Athens.
Dua pertuduhan dikenakan ke atas Socrates:
- Beliau menidakkan dewa-dewa yang diakui oleh negara dan mengemukakan dewa baru.
- Beliau menyesatkan dan merosakkan fikiran generasi muda.
Kesimpulan penulis, Socrates cendekiawan dari Athens adalah Luqman al-Hakim berasaskan hakikat ajaran Socrates sama dengan ajaran Luqman, iaitu Tuhan itu satu.
Bagi membuktikannya, penulis menggunakan pendekatan linguistik dan persamaan peribadi antara Luqman dan Socrates.
Berdasarkan Phaedo yang ditulis Plato (360 SM), Socrates dikhukum mati dengan cara menelan racun. Berdasarkan fakta ini ada kemungkinan Allah menggunakan gelaran Socrates dalam al-Quran dengan 'menelan' ataupun 'luqman'. Secara morfologi (ilm Sharf), nama 'luqman' (akar kata 'lqmn') berbeza dgn perkataan 'laqman' daripada 'laqima' ('lqm' tanpa huruf nun), 'luqoman' (beberapa suapan), 'luqmatu' (sesuap), 'laqimun' (yang menelan). Secara fonologi (ilm ashwat), perkataan 'luqman' hampir sama bunyinya dengan 'laqman' (menelan). Jadi ada kemungkinan pada mulanya orang Arab menyebut Socrates dengan sebutan 'orang yang mati dengan menelan racun' iaitu 'laqman' (daripada perkataan 'lqm'). Kemudian dengan peredaran masa, perkataan 'laqman' menjadi 'luqman', di mana huruf 'lqm' digabungkan dengan huruf 'n' atau nun.
Perkataan 'menelan' (laqman) berbeza dengan 'minum' (syariba). Perkataan 'menelan' mengandungi makna 'dipaksa makan ataupun minum sesuatu berupa cecair ataupun pepejal melalui mulut' (terjadi bukan kerana dorongan diri sendiri).
Hingga ke saat ini, sejak zaman Nabi Musa (1281 SM) hingga zaman Nabi Muhammad (632 M), sejarah belum menemukan mana2 cendekiawan yang dihukum mati dengan menelan racun kecuali Socrates dari Athens.
Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.
Dulu masa kat skola menengah saya pernah baca pasal Luqman Hakim. Katanya dalam buku tu, Luqman ni hitam kulitnya. Then, ini apa yang saya temukan dalam buku karangan Muhammad Alexander:
Terdapat hadis daripada As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir, Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis daif. Ada juga berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah al-Quran: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu:
Kita tidak tahu adakah dia orang Habsyi, orang Arab, ataupun daripada kalangan Bani Israel. Kita juga tidak tahu nama bapanya ataupun datuknya, sebagaimana kita tidak tahu bentuk tubuhnya yang sebenarnya, sifatnya, ataupun warna kulitnya.
Sedikit selingan dua kupang:
Mungkinkah Socrates adalah Nabi bagi bangsa Athens?
- Socrates sering didatangi suara Ilahi yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahan Henry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan. Ini adalah tanda kenabian.
- Socrates seorang yang miskin.
Selama ini para Nabi yang kita ketahui hanya daripada keturunan bangsa Arab dan Israel sahaja. Padahal dalam al-Quran, Allah menyatakan terdapat rasul bagi setiap umat manusia.
Surah Yunus ayat 47:
dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa Yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka Dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.
Rasul yang diutus oleh Allah berdakwah kepada kaumnya dalam bahasa kaumnya.
Surah Ibrahim ayat 4:
dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. maka Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Tidak semua kisah rasul dimuatkan dalam al-Quran.
Surah an-Nisa' ayat 164-165:
dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Ghafir ayat 78:
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada Yang Kami ceritakan perihalnya kepadaMu, dan ada pula di antaranya Yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa Yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum Dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang Yang berpegang kepada perkara Yang salah.
Hanya sekadar bekongsi.. Wallahu'alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aslkm.
ReplyDeleteTua mungkin boleh merujuk artikel terkini saya di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/05/luqman-al-hakim-bukan-socrates-bahagian.html
Assalamualaikum. Sy cuma ingin bertanya..
ReplyDelete"So what if Socrates is indeed Luqman al Hakim? Does it change anything about both men?
Sharing is caring..
http://www.iluvislam.com/v1//forum/viewthread.php?forum_id=132&thread_id=24651&rowstart=20