Thursday, October 15, 2009

JUDAISM - Part 2

SEJARAH ORANG-ORANG YAHUDI

Alkisah bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu di
Gurun Syro-Arab. Masyarakat yang tinggal di gurun menyembah dan sangat menghormati batu-batu yang pelik (luar biasa) dan hukum-hukum alam contohnya kejadian gurun, termasuk juga musim bunga, anak-anak sungai, pokok-pokok dan sesetengah binatang - fenomena-fenomena yang jarang berlaku di gurun. Malah mereka turut percaya kepada Spirits (roh-roh) dan syaitan-syaitan. Tuhan-tuhan dan syaitan-syaitan ini dirujuk sebagai el (merujuk kepada bilangan 1) dan elohim (merujuk kepada bilangan banyak) yang bermaksud "kewujudan sesuatu yang berkaitan dengan ketuhanan". Terdapat juga perkataan-perkataan yang lain digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew seperti Adonai yang bermaksud "Tuhan", Baal bermaksud "Tuhan Tanah".


Nabi Ibrahim (Abraham) mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Nabi Ishak (Isaac) dan Nabi Ismail (Ishmael). Anak Nabi Ibrahim (Abraham), Nabi Ishak (Isaac) dan cucunya Nabi Yaakob (Jacob) dikenali sebagai "Bapa"orang-orang Yahudi manakala Nabi Ismail (Ishmael) dikenali sebagai "Bapa" orang-orang Arab.

Setelah sekian lama mereka menghadapi kekurangan makanan hingga menyebabkan kematian dan penyakit, keadaan ini memaksa Bani Israel untuk meninggalkan Kanaan (Palestine) dan menjadi pelarian di Mesir, dimana mereka kemudiannya diperhambakan secara paksa oleh Firaun Mesir, Ramses II.

Nabi Musa (Moses) diberi 2 batu besar di mana padanya terdapat 10 perintah (10 Commandments). 10 perintah yang dinyatakan adalah merupakan perintah dari Tuhan yang mengandungi etika yang tinggi dan adab-adab seseorang itu terhadap Tuhan (4 perintah) dan juga sesama manusia (6 perintah)

Dalam penghijrahan mereka ke sekitar Mount Sinai, Israel bukan sahaja diberi batu besar yang terdapat undang-undang padanya tetapi mereka juga memperolahi 2 lagi institusi yang berkaitan dengan agama mereka:

  • Pertama, peti perjanjian yang menjadi lambang kedudukan mulia Peti ini mengandungi objek-objek suci yang dilindungi sewaktu perpindahan mereka dari Mesir. Kemudian ianya ditempatkan di Rumah Soloman (Sulaiman) dalam kurun ke-10 sebelum kelahiran Nabi Isa (Jesus), dimana ia tetap berada di situ sehingga rumah ibadat tersebut dimusnahkan oleh orang-orang Babylon pada 586 sebelum kelahiran Nabi Isa Jesus)
  • Institusi kedua ialah Tent (khemah) atau Tabernacle peribadatan. Tent atau khemah dibawa oleh Bani Israel ketika pengembaraan mereka, ia berperanan sebagai tempat beribadat mereka kepada Tuhan.

No comments:

Post a Comment