Wednesday, April 28, 2010

Adat Pepatih

Menteri Besar Negeri Sembilan


'Biar mati anak, jangan mati adat' memang selalu disalah tafsirkan oleh sebilangan golongan sekarang. Sanggup kehilangan waris hanya semata kerana adat yang remeh- temeh. Sebenarnya tak ramai yang faham akan bait sebenar pepatah itu. Tak ramai yang tahu betapa adat yang dimaksudkan oleh pendokongnya berdasari hukum. Maka wujudlah bait 'adat bersendi syara' syara' bersendi kitabullah'. Di sini dah nampak betapa adat perpatih sendiri tidaklah melawan hukum Allah yang kononnya sering kita fahami sebagai melanggar hukum hanya kerana mengutamakan nasab ibu.

'Adat bersendikan hukum,
Hukum bersendikan kitab Allah,
Kuat adat tak gaduh hukum,
Kuat hukum tak gaduh adat'

Yang paling ketara tentang adat perpatih adalah dari masalah pembahagian harta pusaka. Bagi pihak yang tak faham sistem Adat Perpatih secara menyeluruh, sistem pewarisan harta pusaka inilah yang sering menimbulkan konflik.. Bagi yang tak tahu, pemberian harta pusaka yang di nasab kepada golongan ibu hanyalah pada 'Tanah Adat'. Harta- harta lain tidak terlibat. Tanah adat sebenarnya merupakan harta penting bagi masyarakat di Negeri Sembilan sebab tanah itu lah penyambung hidup di kalangan kami. Kenapa lebih kepada perempuan? Kenapa berat sebelah?

Sebabnya, adalah kerana maruah dan harga diri orang perempuan juga. In case kalau mereka diceraikan, mereka ada harta untuk sara hidup selepas ditinggalkan. Tak lah 'sako' nanti terkapai kapai. Sudah jadi lumrah, kita manusia biasa pandang pada harta. Kalau orang tu tak berharta, jarang orang nak peduli. Sudahlah kena cerai, harta pun tak ada. Kan lagi susah. Tidaklah nanti makcik- makcik janda ni buat kerja tak senonoh. Zaman dulu- dulu mana ada sistem pendidikan macam sekarang. Lagipun, orang lelaki zaman dulu- dulu kuat mengembara. Sebab tu tanah adat ini di beri pada orang perempuan.

Walaupun begitu lelaki bukanlah sama-sekali tidak berkuasa dalam tanah adat ni. Mereka ada hak dari segi mengerjakan dan mengambil hasil. Cuma mereka tak boleh jadi penama dalam geran, dan tak ada hak untuk menjual tanah. Tapi ada hak untuk menahan tanah itu daripada di jual kepada orang luar mahupun kepada orang yang lain suku. 'Orang nyemondo' pun ada hak nak menumpang.

Soal nikah-kahwin. Ramai yang kata, nak nikah dengan perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku.... Mana ada... nikah macam biasa lah... masuk suku di kenali juga sebagai berkadim (berkodin). Ada upacara Cecah Darah,.... psycho kan bunyinya? Bukan cecah darah orang. biasanya cecah darah binatang/haiwan, ayam atau lembu. Cecah pun 'cepotet' jer. Setakat hujung jari. Ikut suku yang orang tu nak masuk. Tujuan orang berkadim ni pun untuk membenarkan hak pusaka. Bila masuk suku, mereka ada hak pada harta. Kalau perempuan, mereka nanti boleh jadi penama dan kalau yang masuk suku itu lelaki, dia ada hak pada puak suku tu. Tidaklah nanti mereka ni jadi 'dagang sangsai'. Itu zaman dulu dulula.. zaman orang mengembara jauh. Selain tu, orang lelaki yang mengembara, biasanya mereka menumpang di rumah- rumah dan di ambil sebagai anak angkat. Maka mereka- mereka ini pun di kadimkan lah mengikut suku mak angkat yang ditumpangi.

Satu lagi masalah dalam nikah-kahwin. Sama suku tak boleh nikah-kahwin. Kalau nikah juga, hukumnya boleh di buang suku. Malah boleh di buang negeri. Konon- kononnya sama suku nie boleh di kira adik beradik. Yang nie aku cukup tak setuju. Nama mak lain, nama abah lain, atuk lain, nenek lain, mana pulak datangnya adik- beradiknya....

Tatkala ini kerana arus kemodenan, Adat Perpatih sedikit demi sedikit di telan zaman....
Bulat air dek pembetung
Bulat kata dek muafakat
*versi Negeri Sembilan
Bulat aia dak pambuluah
Bulat kato dak mupakat
*versi Sumbar



Kamus orang negeri:
-sako- saka/ waris
-orang nyomondo- orang semenda/ menantu/ orang menumpang yang berlainan suku
-dagang sangsai- orang luar

No comments:

Post a Comment