Wednesday, June 30, 2010

Underwater River



Fenomena ini lebih dikenali sebagai "underwater river" semua ni telah terbukti apabila pada suatu hari penyelam dan ahli oceanografer terkemuka Perancis Mr.Jacques Yves Costeau yang selalu muncul di rancangan TV Discovery channel, ketika dia melakukan eksplorasi di bawah laut di Cenote Angelita Mexico,tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat asli rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Bila Mr Costeau meneliti secara mendalam dia terkejut kerana menemui sebuah sungai yang lengkap dengan pokok yang berdaun serta sebuah gua.



Fenomena yang luar biasa itu memeningkan Mr.Costeau dan membuatkan dia terfikir untuk mencari rahsia macam mana berlakunya terpisahnya air tawar dan air masin di dasar laut yang dalam ini.Pada masa tersebut Mr.Costeau terfikir mungkin hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam.Waktu terus berlalu dan Mr.Costeau masih belum menemui jawapan yang memuaskan hatinya.Saban hari mr costeu berkerja keras untuk mencari jawapan atas fenomena ganjil ini,tetapi dia masih tidak menemui jawapannya.

Sehingga suatu hari dia menemui profesor muslim,kemudian dia menceritakan fenomena luar biasa dan ganjil itu.Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan

(Surah Al-Raman ayat 19,20 dan 22) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi

Dia biarkan dua lautan bertemu(Al-rahman :19) Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembusi (Al-Rahman :20).Selain itu dalam beberapa kitab tafsir,ayat bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi di muara sungai dimana terjadinya pertembungan air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya yang berbunyi Keluar dari keduanya mutiara dan marjan(Al-Rahman :22) padahal tiada mutiara yang di hasilkan di muara sungai.

Mr Costeau merasa sangat kagum dengan ayat-ayat Al-Quran itu lalu dia terfikir Al-Quran ini mustahil di susun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh dimana suatu zaman yang masih tidak mempunyai peralatan selam yang canggih untuk mencapai ke dalam dasar laut yang dalam ini, dengan izin Allah

Mr Costeau mendapat hidayah lalu memeluk islam.Untuk membuktikan kebesaran Allah,saudara boleh melihat gambar-gambar "Dalam laut ada sungai "di internet.Gambar-gambar tersebut asli dan bukan di"edit"atau di"photoshop"kan.


Hukum berkahwin selepas berzina



Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada
bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh
bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak
sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda
sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang
untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir
dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.'

Agama Tunjang Segala Kejahatan?



Apakah pendapat anda, apabila membaca tajuk di atas, yang mengatakan bahawa agama merupakan ibu kepada segala kejahatan. Sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya bersetuju dengan pendapat diatas. Namun, mari kita melihat daripada sudut golongan yang tidak mempercayai agama iaitu ateis.

Jika kita melihat susur galur sejarah dunia, hampir kesemua perang yang dilancarkan adalah kerana perbalahan agama. Sehinggakan negara kita pun dijajah kerana agama. Agama mengakibatkan perang itu dan perang ini.

Memang ada perang yang disebabkan agama. Namun, nasionalisme/patriotisme dan perjuangan berdasarkan bangsa/negara bangsa lebih kuat pengaruhnya berbanding perang berdasarkan agama.

Sejak dari Perang Peloponnesia hingga Perang Dunia Ke-2, sejak dari kejatuhan Bastille hingga Perang Russo-Turki, dari siri peperangan menyatukan Jepun di timur hingga Perang Bersaudara di Amerika Utara di barat, dari siri peperang penyatuan Jerman oleh Otto van Bismarck dan Hitler hingga perang Iraq-Iran semuanya berdasarkan sifat nasionalisme dan kepentingan yang tidak berasaskan agama.

Banyak pihak yang terlibat dengan perang menggunakan agama sebagai justifikasi perlunya perang tersebut, untuk mendapatkan sokongan rakyat, dan sebagai kaedah 'menghalalkan' 'dosa berperang'

Monday, May 3, 2010

Socrates adalah Luqman Al-Hakim?



Penghujahan yang mencalonkan Socrates adalah Luqman al-Hakim:

Pada tahun 399 SM, seorang yang berfahaman monoteisme bernama Socrates (470-399 SM) dihukum mati dengan cara menelan racun. Ini kerana Socrates menyebarkan ajaran Tuhan adalah satu, iaitu yang menjadi penyebab pertama (causa prima) yang tidak disebabkan lagi. Socrates dituduh menyebarkan ajaran baru dan tidak menghormati dewa-dewa Athens Yunani. Beliau juga dianggap meracuni fikiran generasi muda Athens.

Dua pertuduhan dikenakan ke atas Socrates:
- Beliau menidakkan dewa-dewa yang diakui oleh negara dan mengemukakan dewa baru.
- Beliau menyesatkan dan merosakkan fikiran generasi muda.

Kesimpulan penulis, Socrates cendekiawan dari Athens adalah Luqman al-Hakim berasaskan hakikat ajaran Socrates sama dengan ajaran Luqman, iaitu Tuhan itu satu.

Bagi membuktikannya, penulis menggunakan pendekatan linguistik dan persamaan peribadi antara Luqman dan Socrates.

Berdasarkan Phaedo yang ditulis Plato (360 SM), Socrates dikhukum mati dengan cara menelan racun. Berdasarkan fakta ini ada kemungkinan Allah menggunakan gelaran Socrates dalam al-Quran dengan 'menelan' ataupun 'luqman'. Secara morfologi (ilm Sharf), nama 'luqman' (akar kata 'lqmn') berbeza dgn perkataan 'laqman' daripada 'laqima' ('lqm' tanpa huruf nun), 'luqoman' (beberapa suapan), 'luqmatu' (sesuap), 'laqimun' (yang menelan). Secara fonologi (ilm ashwat), perkataan 'luqman' hampir sama bunyinya dengan 'laqman' (menelan). Jadi ada kemungkinan pada mulanya orang Arab menyebut Socrates dengan sebutan 'orang yang mati dengan menelan racun' iaitu 'laqman' (daripada perkataan 'lqm'). Kemudian dengan peredaran masa, perkataan 'laqman' menjadi 'luqman', di mana huruf 'lqm' digabungkan dengan huruf 'n' atau nun.

Perkataan 'menelan' (laqman) berbeza dengan 'minum' (syariba). Perkataan 'menelan' mengandungi makna 'dipaksa makan ataupun minum sesuatu berupa cecair ataupun pepejal melalui mulut' (terjadi bukan kerana dorongan diri sendiri).

Hingga ke saat ini, sejak zaman Nabi Musa (1281 SM) hingga zaman Nabi Muhammad (632 M), sejarah belum menemukan mana2 cendekiawan yang dihukum mati dengan menelan racun kecuali Socrates dari Athens.

Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.

Dulu masa kat skola menengah saya pernah baca pasal Luqman Hakim. Katanya dalam buku tu, Luqman ni hitam kulitnya. Then, ini apa yang saya temukan dalam buku karangan Muhammad Alexander:

Terdapat hadis daripada As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir, Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis daif. Ada juga berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah al-Quran: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu:

Kita tidak tahu adakah dia orang Habsyi, orang Arab, ataupun daripada kalangan Bani Israel. Kita juga tidak tahu nama bapanya ataupun datuknya, sebagaimana kita tidak tahu bentuk tubuhnya yang sebenarnya, sifatnya, ataupun warna kulitnya.

Sedikit selingan dua kupang:

Mungkinkah Socrates adalah Nabi bagi bangsa Athens?
- Socrates sering didatangi suara Ilahi yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahan Henry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan. Ini adalah tanda kenabian.
- Socrates seorang yang miskin.

Selama ini para Nabi yang kita ketahui hanya daripada keturunan bangsa Arab dan Israel sahaja. Padahal dalam al-Quran, Allah menyatakan terdapat rasul bagi setiap umat manusia.

Surah Yunus ayat 47:
dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa Yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka Dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.

Rasul yang diutus oleh Allah berdakwah kepada kaumnya dalam bahasa kaumnya.

Surah Ibrahim ayat 4:
dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. maka Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Tidak semua kisah rasul dimuatkan dalam al-Quran.

Surah an-Nisa' ayat 164-165:
dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Ghafir ayat 78:
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada Yang Kami ceritakan perihalnya kepadaMu, dan ada pula di antaranya Yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa Yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum Dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang Yang berpegang kepada perkara Yang salah.


Hanya sekadar bekongsi.. Wallahu'alam..

Friday, April 30, 2010

Mengapa kita solat menghadap kiblat?




Assalamualaikum Warahmatullah.

Soalan seperti ini mirip kepada soalan-soalan seperti: Kenapa solat Zohor 4 rakaat, bukan 3 rakaat? Kenapa solat Subuh 2 rakaat, bukan 4 rakaat? Dan pelbagai persoalan lagi.
Seperti juga soalan ini: Kenapa perlu menghadap kiblat pada kaabah, bukan menghadap Masjidil Nabawi?

Jawapan mudahnya ialah kerana Nabi S.A.W. mengajar kita untuk solat menghadap kiblat (kaabah).


Wallahualam.

Wednesday, April 28, 2010

Adat Pepatih

Menteri Besar Negeri Sembilan


'Biar mati anak, jangan mati adat' memang selalu disalah tafsirkan oleh sebilangan golongan sekarang. Sanggup kehilangan waris hanya semata kerana adat yang remeh- temeh. Sebenarnya tak ramai yang faham akan bait sebenar pepatah itu. Tak ramai yang tahu betapa adat yang dimaksudkan oleh pendokongnya berdasari hukum. Maka wujudlah bait 'adat bersendi syara' syara' bersendi kitabullah'. Di sini dah nampak betapa adat perpatih sendiri tidaklah melawan hukum Allah yang kononnya sering kita fahami sebagai melanggar hukum hanya kerana mengutamakan nasab ibu.

'Adat bersendikan hukum,
Hukum bersendikan kitab Allah,
Kuat adat tak gaduh hukum,
Kuat hukum tak gaduh adat'

Yang paling ketara tentang adat perpatih adalah dari masalah pembahagian harta pusaka. Bagi pihak yang tak faham sistem Adat Perpatih secara menyeluruh, sistem pewarisan harta pusaka inilah yang sering menimbulkan konflik.. Bagi yang tak tahu, pemberian harta pusaka yang di nasab kepada golongan ibu hanyalah pada 'Tanah Adat'. Harta- harta lain tidak terlibat. Tanah adat sebenarnya merupakan harta penting bagi masyarakat di Negeri Sembilan sebab tanah itu lah penyambung hidup di kalangan kami. Kenapa lebih kepada perempuan? Kenapa berat sebelah?

Sebabnya, adalah kerana maruah dan harga diri orang perempuan juga. In case kalau mereka diceraikan, mereka ada harta untuk sara hidup selepas ditinggalkan. Tak lah 'sako' nanti terkapai kapai. Sudah jadi lumrah, kita manusia biasa pandang pada harta. Kalau orang tu tak berharta, jarang orang nak peduli. Sudahlah kena cerai, harta pun tak ada. Kan lagi susah. Tidaklah nanti makcik- makcik janda ni buat kerja tak senonoh. Zaman dulu- dulu mana ada sistem pendidikan macam sekarang. Lagipun, orang lelaki zaman dulu- dulu kuat mengembara. Sebab tu tanah adat ini di beri pada orang perempuan.

Walaupun begitu lelaki bukanlah sama-sekali tidak berkuasa dalam tanah adat ni. Mereka ada hak dari segi mengerjakan dan mengambil hasil. Cuma mereka tak boleh jadi penama dalam geran, dan tak ada hak untuk menjual tanah. Tapi ada hak untuk menahan tanah itu daripada di jual kepada orang luar mahupun kepada orang yang lain suku. 'Orang nyemondo' pun ada hak nak menumpang.

Soal nikah-kahwin. Ramai yang kata, nak nikah dengan perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku.... Mana ada... nikah macam biasa lah... masuk suku di kenali juga sebagai berkadim (berkodin). Ada upacara Cecah Darah,.... psycho kan bunyinya? Bukan cecah darah orang. biasanya cecah darah binatang/haiwan, ayam atau lembu. Cecah pun 'cepotet' jer. Setakat hujung jari. Ikut suku yang orang tu nak masuk. Tujuan orang berkadim ni pun untuk membenarkan hak pusaka. Bila masuk suku, mereka ada hak pada harta. Kalau perempuan, mereka nanti boleh jadi penama dan kalau yang masuk suku itu lelaki, dia ada hak pada puak suku tu. Tidaklah nanti mereka ni jadi 'dagang sangsai'. Itu zaman dulu dulula.. zaman orang mengembara jauh. Selain tu, orang lelaki yang mengembara, biasanya mereka menumpang di rumah- rumah dan di ambil sebagai anak angkat. Maka mereka- mereka ini pun di kadimkan lah mengikut suku mak angkat yang ditumpangi.

Satu lagi masalah dalam nikah-kahwin. Sama suku tak boleh nikah-kahwin. Kalau nikah juga, hukumnya boleh di buang suku. Malah boleh di buang negeri. Konon- kononnya sama suku nie boleh di kira adik beradik. Yang nie aku cukup tak setuju. Nama mak lain, nama abah lain, atuk lain, nenek lain, mana pulak datangnya adik- beradiknya....

Tatkala ini kerana arus kemodenan, Adat Perpatih sedikit demi sedikit di telan zaman....
Bulat air dek pembetung
Bulat kata dek muafakat
*versi Negeri Sembilan
Bulat aia dak pambuluah
Bulat kato dak mupakat
*versi Sumbar



Kamus orang negeri:
-sako- saka/ waris
-orang nyomondo- orang semenda/ menantu/ orang menumpang yang berlainan suku
-dagang sangsai- orang luar

Friday, April 2, 2010

Perihal Ringkas Mengenai Botani



“Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Al-Quran:36:36

“Dan segala sesuatu yang Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah)”
Al-Quran:51:49

Bagaimanakah ia menjadi tidak mustahil bagi manusia untuk mengetahui bahawa terdapat jantina jantan dan betina dalam hirearki tumbuhan melainkan ianya pengetahuan yang datang daripada yang Maha Mengetahui, yang Menciptakan mereka? Ini juga merupakan salah satu kajian terbaru daripada saintis pada kurun ke-20, 1400 tahun selepas turunnya Al-Quran.